Sunday 7 October 2012

KEKELIRUAN TENTANG RADIO AMATUR

Siaran Sinar Harian kawasan tengah pada 4 Oktober 2012 bertajuk "Taktik Guna Radio Amatur Gagal" menimbulkan kemarahan dan kecaman komuniti Radio Amatur. Betapa tidak kerana berita itu seolah mengambarkan  ada di kalangan ahli radio amatur menggunakan peralatan radio untuk tujuan pengedaran dadah. Ini tentu mengaibkan komuniti radio amatur yang menggunakannya sebagai hobi untuk berkomunikasi dan bantuan kecemasan. Apatah lagi mereka terikat ketat dengan undang-undang dan peraturan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberikan lesen untuk operasi radio tersebut. Untuk mendapatkan lesen itu pula bukannya mudah. Ia terpaksa melalui ujian bertulis, dan sesudah lulus barulah layak memohon lesen dengan sokongan orang tertentu.

Mujurlah kemarahan itu reda setelah pihak editor Sinar membuat permohonan maaf di atas kesilapan tajuk berita penangkapan penagih dadah itu. Kesilapan ini walaupun mungkin dianggap kecil bagi sesetengah orang, tetapi tidak wajar di pandang remeh. Bagi saya ia menggambarkan dua keadaan. Pertama, kejahilan atau kurangnya maklumat tentang apa itu radio amatur di kalangan pengamal media dan orang ramai. Kedua, terlalu banyak penggunaan radio atau walkie talkie di kalangan orang ramai sejak mutakhir ini menyebabkan timbul salah faham tentang identiti pengguna perkakasan tersebut.

Walaupun sudah beberapa kali berita tentang radio amatur tersiar di media cetak dan media elektronik, orang ramai masih lagi keliru mengenai perkara itu. Apakah komuniti radio amatur itu sama dengan TONTO? Atau apakah yang menggunakan radio/walkie-talkie itu semuanya ahli radio amatur? Apakah sesiapa sahaja boleh menggunakan radio amaturr?  Pernah seorang kawan yang berminat menggunakan radio untuk berkomunikasi, menanyakan saya dimana boleh dibeli radio seperti yang saya gunakan dan setelah memberitahunya di mana kedai yang menjual peralatan tersebut beliau terus mengajak saya ke sana.

"Aku nak pasang satu set di kereta aku. Senang kita bersembang," katanya.
"Eh, tak boleh." kata saya. "Kena ada lesen dulu."
"Tak apa. Lesen boleh ambil kemudian. Tak lama kot nak dapatkan lesen?" balasnya.
"Sebelum mohon lesen, kena ambil periksa dulu."
" Ambil di mana?"
" SKMM" , jawab saya rengkas.
" Senang ke susah periksanya?." tanyanya lagi
" Terpulanglah kepada individu. Aku sekali ambik saja clear, pasal ada sikit pengetahuan 
   elektronik. Ada yang ambil sambil lima enam kali tak lepas lagi".
" Banyak ke soalannya?" tanyanya macam berminat sangat.
" Lebihkurang 100 soalan, jawab dalam masa 3 jam." 

Kawan saya diam seketika. Kemudian dengan nada yang agak kendur berkata, "Tak apa. Tak apa hang tolong ambil borang kat aku." pintanya

" Borang boleh down load dari website SKMM. Peraturan-peraturan pun boleh baca di sana."
" OK. Ok. aku try." jawabnya rengkas. 

Dan sampai hari ini saya masih belum dapat menghubunginya melalui radio amatur. Mungkin anggapannya bahawa untuk menggunakan radio amatur adalah perkara yang mudah sudah meleset.

Sejak akhir ini pula ramai orang atau persatuan atau badan sukarela menggunakan radio untuk komunikasi. Nampaknya macam sangat mudah pula memperolehinya. Pernah saya ke kedai tayar untuk membuat aligment. Seorang pekerja Cina kedai tersebut menyelit walkie-talkie di pinggangnya. Saya tanya, dimana beliau beli talkie itu. Katanya RELA yang bagi. Sahlah dia Ahli RELA. Peringkat awal semua dibagi free, katanya. Yang kemudian ini kena beli sendiri. 
Berapa jauh boleh cakap?, tanya saya. " Ada 2 frekuensi. Satu boleh cakap 3 atau 4 km. Satu lagi boleh sampai SP".
 "Awak ada lesen," tanya saya. "Lesen apa?"  balasnya. 
"Lesen untuk cakap radio"
"Eh, tak payah. Cakap saja bukan susah" 
"Saya pun ada radio." Saya menunjukkan handset kepadanya." Tu dalam kereta lagi ada.
  Saya ada lesen radio amatur."
"Radio amatur tu apa?" tanya macam kebingungan.

Selain ahli Rela, kabarnya Perkasa juga memiliki talkie dan pancar ulang masing-masing. Ini tidak termasuk lagi Bomba Sukarela, JPAM dan lain-lain radio komersial termasuk syarikat pengangkutan dan tonto. Penggunang radio secara wewenang ini menyebabkan orang ramai tidak dapat membezakan yang manakah radio amatur yang berlesen dan pengguna-pengguna radio yang lain. Tidak mustahil ada yang menggunakanya secara haram. Apakah SKMM telah memberi kelonggaran kepada pihak tertentu dalam penggunaan radio ini?  Sedangkan kepada komuniti radio amatur begitu "hajab" untuk mendapatkan AA. Double standard yang macam ini suatu ketika mungkin akan memakan diri SKMM sendiri, apabila nanti penggunaan radio berleluasa di kalangan orang ramai. Maka penguatkuasanya, jika hendak dilaksanakan, tentu akan menjadi sukar.

Untuk kefahaman umum, SKMM patut menyibarkan di media cetak atau media elektronik, mengenai beberapa kategori pengguna-pengguna radio yang dibenarkan dan syarat serta peraturan penggunaan. Disamping itu komuniti radio amatur pula patutlah lebih agresif mempromosikan kegiatan mereka, supaya tidak berlaku tohmahan seperti yang tersiar dalam Sinar Harian baru-baru ini. Semoga alat komunikasi itu akan digunakan secara bermanfaat dan terhormat.





6 comments:

  1. Hanpa boleh kenalkan dia dengan CB RADIO kalau dia setakat nak berkomunikasi melalui radio tu masih ada pilihan lain CB RADIO maaa..

    ReplyDelete
  2. Tu laa... Cb radio x pyh lesen... Hebat sgt ka yg ada lesen ni sampai perleceh org yg guna tanpa lesen ni.. Bkn salah pun kalau guna frekuensi yg dibenarkan... X hadap sgt la nk guna repeater tu..

    ReplyDelete
  3. Tak semesti guna radio amatur boleh bikin jenayah...itu hati kita sendiri...kalau u mau buat jahat pun boleh tanpa radio amatur...oleh itu saya cadangkan...untuk memiliki radio ini cuma daftar sahaja cukup sudah...seperti mana kita beli sim card handphone...

    ReplyDelete
  4. Tengok statement ni,seolah-olah admin sendiri pun tak tahu berkaitan radio..macaman dapat lesen ni..tak kan tak tahu kita ada jalur Rakyat (CB) yang mana penggunaannya adalah dibenarkan oleh SKMM..tak semestinya nak pakai radio misalnya handy (walkie talkie) mesti ada lesen.yang saya nampak silapnya adalah wartawan yang tak tahu apa istilah radio amatur ni..

    ReplyDelete
  5. Maaf encik, boleh tanya satu soalan,.. kalau untuk gunakan walkie talkie kat tempat kerja, atau pun supplier walkie talkie perlukan lesen ke?

    ReplyDelete
  6. Until pengetahuan encik..Jpam atau sekarng APM menggunakan ht berdaftar dengan mcmc dulu di tender kepada tm untuk menjaga reapter di tower tm seluruh Malaysia.ada 6 Chanel yg menggunakan repeater..apm bukan guna sesukahati pihak APM mempunyai kursus pengendalian communicate vhf HF girn.dalam tenaga pengajar kebanyakan 9m2 dN 9w2...walau pun tiada aa tenaga pengajar mendapat latihan kusus selama 6 until mengendli radars samaada dibandar hutan bukit Dan laut bagi team khas latihan diudara...sekadar perkongsian ..Dari saya 9w2.... Mengenali radio Dari bapa saya yg berkecimpung dlam radio pada thun 1978 guru beliau bekas guru didusun tua

    ReplyDelete