Sunday 21 August 2011

Bendera Dikibarkan

Ini musim orang heboh pasal menyambut 2  perayaan. Aidilfitri dan Kemerdekaan . Puasa sudah masuk sepuluh yang akhir. Solat sunat tarawih tidak seramai awal bulan. Sebaliknya bunyi mercun semakin meriah di halaman. Tak tahu dari mana mercun diperolehi. Sedangkan itu benda larangan. Sejak awal Ramadhan lagi mercun kedengaran. Setiap malam sampai kini. Mercun sunat pun tidak. Harus pun bukan. Tapi orang Islam main dari awal bulan lagi. Ada yang sampai putus jari, buta mata dan sebagainya. Semua anak melayu orang Islam.

 Rasa malu pula dengan orang Cina yang menyambut Tahun Baru Cina. Mainnya tak lah seteruk orang Islam. Ini orang Islam jual lagi di Pasar Ramadhan. Tak ada pula siapa yang nak tangkap, nak larang. Sambil beli kuih untuk berbuka beli pula mercun atawa bunga api untuk anak-anak. Anak melayu pula kreatifnya lebih dalam benda letupan ini. Diubahsuainya berbagai cara, untuk menghasilkan letupan yang lebih kuat. Akhirnya anggota badan menjadi mangsa dan beraya di hospital. Agaknya mangsa-mangsa yang sebegini kalau boleh dikesan awal bakatnya bukankah bagus. Boleh kita buka sekolah untuk pakar bom di bawah ATM.

Pasal Merdeka pula walaupun perayaannya ditunda, kempen pasang bendera berganda-ganda. Baik di sekolah, gedung niaga atau pejabat kerajaan hatta ke anjung rumah. Ramailah anak-anak memasang bendera dikenderaan mereka: kereta atawa motorsikal. Baguslah macam tu, ada semangat patriotik kata mereka. Tapi fahamkah mereka apa itu bendera? Apa fungsi dan martabat bendera? Adakah hanya sekadar kain sekeping yang berjalur warna?

Dalam bangga, sedih juga lihat mereka buat pada bendera. Ada yang balut kat bonet kereta, gantung kat dinding lori dan bendera yang kecil jatuh merata-rata. Adakah itu cara menghormati bendera yang menjadi lambang kedaulatan negara. Kalau orang luar bakar bendera kita marah tak terkira. Tapi bila bendera kecil yang tercicir atau dibuang oleh anak-anak dipasar Ramadhan sesiapa pun tak mengutipnya atau bersuara sepatah kata. Itukah patriotiknya kita?

 Ada pula yang pasang bendera macam nak surender kalah perang. Hulur dari tingkap kedai atau bangunan perniagaan, condong atau tertonggeng si bendera itu.  Ada yang lebih kurang adab lagi, kain bendera dibuat seluar atau pun baju. Pakai gah tak sangka. Akulah warga negara yang setia. Yang pakai di badan itu bukan lagi bendera, tetapi pakaian. Yang balut di kereta itu bukan lagi bendera, tetapi cover kereta.

Kalau nak patriotik pun janganlah membabi buta. Gunakan akal dan pertimbangan yang saksama. Tanya pada yang tahu belajarlah pada yang berilmu sebelum mengamalkan sesuatu.

Bendera mesti ditegak. Bendera dikibarkan!!!

3 comments:

  1. 1. "balut kat bonet kereta, gantung kat dinding lor..." apa yg hg cuba nk smpikn?

    2. "Ada pula yang pasang bendera macam nak surender kalah perang. Hulur dari tingkap kedai atau bangunan perniagaan, condong atau tertonggeng si bendera itu..."..mai tgok sini http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1593-susunan-dan-kedudukan-bendera-malaysia-apabila-dikibarkan.html

    ReplyDelete
  2. Bodoh org kibar pun jd isu, bukan di pijak, di bakar , di najis kan, biar la boh kt lori ka kereta ka,dinding ka, tingkap ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong.pelik gak aku.cara org kibarkan pulak yg di kisah kan.abis yg ramai2 nyanyi lagu merdeka tu sambil kibar bendera kat tgn kena lurus gak ke bendera tu.

      Delete